Tuesday, September 1, 2009

result exam..alhamdulillah!

Bismillah dengan nama tuhan pencipta alam, Allah SWT.

alhamdulillah dalam masa yang singkat ni, ingin aku sampaikan beberapa perkara..

pertama..
syukur yang tak terhingga pada-Nya kerana aku lulus gak exam aritu..Alhamdulillah.nak tulis ni bukanla nak mendabik dada..haha aku bukanla scorer macam kawan yang lain2 tapi cukuplah sekadar yang aku mampu..aku syukur, aritu aku dah usaha sebaik yang mungkin..keputusan yang tak seberapa ni aku dahulukan dengan syukur pada Ilahi..alhamdulillah!

kedua..
semalam, ada la chatting dengan kawan ni..ala kawan kita la yang satu kuliah ni..fail 1 paper..humm sian.mungkin ni satu ujian dari Allah..maka janganlah kita berputus asa daripada rahmat-Nya plak ya! kita mesti...mesti..dan mesti sentiasa bermuhasabah balik apa yang kita telah lakukan apabila sesuatu terjadi pada kita..
mungkin(mesti)..ujian Allah
mungkin jugak..kita kurang bersedia dulu
mungkin jugak..balasan dosa yang kita lakukan pada kawan kita dulu..
banyak kemungkinan..tapi, apa2 pun kita bersangka baik ini adalah suatu ujian dari Allah untuk tingkatkan iman hamba2-Nya..kan?

ketiga..
macam mana dengan iman kita bulan ramadhan ni?
adakah makin bertambah?kalau ya, Alhamdulillah...kalau tak tu, masih banyak masa lagi untuk berubah..cepat2 la berubah ya!
pepatah arab mengatakan..masa itu bagaikan pedang, kalau kita tak memintasnya, dia akan memotong kita(qata3aka)..hehe betul kan?
tak pun pepatah melayu..MAsA ITU IBARAT EMAS..hehe pentingnya masa..kan?ha..tunggu apa lagi, jom la kita beramal kerana Allah..jangan berlengah2 lagi kerna "orang yang suka berlengah-lengah itu adalah pencuri masa"
humm..setakat ni ja kot..hehe masa pantas berlalu...ma'assalamah

 [ AL-BAQARAH 155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: 

[156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 

[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya;
dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

p/s : buat teman2 yang score dalam exam aritu..tahniah la ya!mabruk!!banyak2 la ucapkan 

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah..selesai!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi..

apa yang datang lagi ni???
apa lagi cek oiii, RAMADHAN la..apa lagi?
alhamdulillah..akhirnya, penantian 11 bulan sampai la jugak..
Ya Allah, Kau kurniakanlah kami maqfirahMu pada kami yang masih hidup ni..
di bulan yang mulia ini Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki kami..

apa2 pun buat kawan2, sama2 la kita raikan kedatangan Ramadhan al-mubarak ni..

"selamat beramal"

tapi, sebelum mengakhiri kalam, nak ajak la kawan sedekah fatihah kat Allahyarham Syafiq Izzudin, bekas pelajar MRSM Jeli, batch SPM 06/07..moga arwah bahagia di sana..Al-Fatihah

Thursday, August 6, 2009

no topic for this..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

alhamdulillah...akhirnya sampai gak hajat nak berinternet..hihi
sebenonye..kat rumah aku itenet probs sket..tu yang lama tak leh nak on9 tu..sori la kawan2 ye..
buat kawan2 skang ni kalau nak contact..juz da fon ja kat tangan nih..no upax aku still on..no celcom lama da block..aduh sayang r no tu..aku guna dari sk menengah lagi..xpa2

blog ni pun lama tak update..xpa r, nanti aku cari cara len nak update..hehe
buat kawab2 yang tak tau nak watpa kat rumah tu...pi la cari keja ka..jalan2 ka..jangan duk saja dahla..tapi musim skang ni, takut gak nak jalan2, virus HN1..ada orang kata virus hishamuddin ngan najib..hahaha apa2 ja la..hehe janji bahagia kan??

weh, cena aku nak g jalan2 nie??rancangan nak gi KL ngan Klate tu cena??
Ya Allah, Kau lindungilah kaum kerabat kami, sahabat2 kami serta saudara2 seagama kami...

dari cc Pantai Johor, Alor Star, Kedah..hihik

Friday, July 24, 2009

cinta..

salam 'alaik wahai sahabat2

betapa kasih dan cintanya rasul junjungan kita, Muhammad SAW pada kita umat2nya..susah nak gambarkan..mungkin video ni boleh gambarkan skit pada kita, yang baginda sangat2 sayang pada kita...

p/s : kalau nak download klik link ni..

harap2 video ni dapat bagi sedikit gambaran kasih sayang seorang khalifah terangung pada umat2nya..lihatlah para sahabat, cinta baginda pada umatnya sampai akhir hayatnya, tiada lain yang disebut...bukan MAK, IBU, ADIK, ISTERI, AYAH atau ANAK..tetapi...

UMMATI...

UMMATI...

UMMATI...

UMATKU..!ya, itu kita lah para sahabat sekalian..bertuahnya kita punya seorang khalifah sebegitu rupa..baginda begitu sayang pada kita..kita umat2nya bagaimana pula para sahabat?banyak2kanlah berselawat pada junjungan, moga2 kita mendapat lindungan daipada baginda di akhirat nanti..kami cinta padamu Ya Muhammad..nantikan kami di sana...

Thursday, July 23, 2009

abes exam..cuti..bila nak balik Mesia weh??

assalamualaikum...

rasa macam da lama tak buat post untuk blog..hehe malam ni nak amik masa sket sambil2 YM ngan kawan2..

huih...malam2 camni..boringnya Ya Allah..
tapi dalam Al-Quran, Allah da berfirman..dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28


orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.


mungkin diri ini leka daripada mengingatiNya..sebab tu asik gelisah ja..walaupun aku tau, 29/7 ni insyaAllah aku balik malaysia..tapi, ntah la..tak sabar2 jugak..
ni bukan sebab apa, ni gara2 budak2 balik awal tu la..ceh, hampa memang nak kena betoi!!
takpe..tunggu aku balik..hehe

dulu, sebelom abih exam...duk tunggu, bila la nak abih exam ni..
lani, da abih exam...bila nak balik malaysia..
bila da sampai malaysia, agaknya camna la...?
takpa..banyak kot keja nak setel kat sana...hehe
rindu ar kat sedara mara...tambah kat adik2 aku..huhu
aku harap cuti nanti boley ar jalan2 rata sket..

"kwe nk g klate nih, tggu kwe deh"
"weh, jumpa kat alor staq nanti..kita wat reunion smkas"
"jat, kita balik nanti..stay rumah sat, pastu kita p PC fair..ok?"

ni dialog aku ngan kawan2 lah ni..nak pegi rata tempat..sempat ka?
insyaAllah..sempat kot..

setakat saja la kot..tapi sekarang...MASIH BORING...
JOM LAYAN PES r...

Sunday, July 19, 2009

menangislah kerana Allah SWT

salam 'alaikum....

pagi ni, best..!
relax..!
santai..!
n yang paling best..dapat tazkirah..

try tengok sini..kat iluvislam..
"Menangislah kerana Allah"

Saturday, July 18, 2009

WORLD..THIS IS mY new rEcord!!

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka bicara menjadi alat sapaan antara kita..

harap2 suma orang bila da abis exam ni..epi2 la kan.tapi, dalam kita bersuka2, jangan pula sampai kita tak ingat tuhan..

jangan dulu sebab nak exam,
kita rapat dengan tuhan..
sekarang da abis exam,
kita tinggal Dia

jangan dulu sebab nak exam,
kita belanja kawan2..
sekarang da abis exam,
kawan di'pau' pulak..

jangan dulu sebab nak exam,
kita solat di awal waktu..
sekarang da abis exam,
solat tak menentu..

jangan dulu sebab nak exam,
perangai macam malaikat..
sekarang da abis exam,
perangai macam setan..

hehe..so, kalau da banyak berubah sebab exam tu, teruskan la kebaikan tu..walaupun da abis exam..tapi, tu hanya kita dengan U saja..exam kita dengan Dia tak abis2 lagi ek..ingatla teman2, kalau iya sekalipun da abis exam..teruskan amal soleh kita tu ye..jadi lebih baik dari hari ke hari..

sebenarnye, post ni aku nak citer sket sal minggu exam aku kat cini..wuahaha..
ade beberapa rekod baru yang aku wat..haha plek2 dan yang tak pernah aku terfikir pun ada...

(1) aku belajar men gitar ngan mamat aras 2 ni..ish!
(2)malam2 aku memang tak tido..asik buku ja..makan buku..tak kenyang2 jugak.boleh kira ngan jari berapa ari tido malam..so, tadi sempat aku cover sat..hik3
(3)ada sekali tu, dalam 1 ari sja, aku makan 5 burger..wah2, makan sampai 'lebam'..haha
(4)dan yang paling akhir, mungkin rezki kot..banyak kali je orang belanja makan, duit..duit?hmm ye r..baik giler arab tu..thanx!

tapi, apa2 sekali pun..aku nak ucap trima kasih kat ibu n ayah aku..tak lupa gak kat kawan2 yang slalu support aku..study group aku, K-rol..hehe kami stadi sama2..thanx tolong aku..jom, sambung rehat balik...cover tido tyme!hehe

Thursday, July 16, 2009

miraculous GOLD number..

Bismillahirrahmanirrahim..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi...

kalam dibuka dengan kalimah Allah..

pagi2 ni, tengah pening2 lalat ni..nak tunjuk sket apa yang Anas tunjuk kat aku tadi..hehe

subhanallah..kalau kita rasa kita pandai rancang sesuatu..

pikir skali lagi..haha

Allah Maha Merancang lagi Maha Bijaksana daripada hamba2-Nya..let's see this!

i'm quite astonished by this video..subhanallah



p/s : hey Anas, thanx..emm, moga2 akan bertambah iman kita dengan mengkaji kekuasaan Allah subhanahu wataala..insyaAllah.tapi, kawan2 jangan la nak puja2 dengan nombor ni plak, japg jadi laen plak(khurafat)..na'uzubillah

*kalau nak download pun boley jugak, klik link ni je.

Tuesday, July 14, 2009

loGhat utaRa..noh!meh baca sini..

AMARAN : ini bukan karya penulis sebenar..karya ini di'copy' daripada penulisan2u.blogspot.com

Nama Pena Sebenar : nhur lee

Lee masuk ke kelasnya dengan sengihan sumbang. Dia tahu rakan-rakan sekelasnya hanya menunggu dia seorang kerana cuma satu kerusi yang kosong di dalam kelas itu. Lagipun hari ini adalah kelas terakhir bagi semester ini dan mereka bakal menduduki kuiz 5, so secara tidak langsung, semua terpaksa datang awal termasuk Lee.
Sebelum dia melabuhkan punggung di kerusinya dia menghala ke arah Ani yang duduk di bahagian hadapan sebelah kiri.

"Nah, ang punya." Lee berkata sambil menghulur kalkulator 570 kepada Ani. Ani menyambut huluran Lee sambil tersengih-sengih. Dia pun ikut tersengih walau tak tahu asal usul sengihan tersebut. 'Sebab aku datang lambat kot.' Hehehehe.

Kalkulator Ani lah yang menjadi punca kelewatan Lee ke kelas Fizik. Sudah separuh perjalanan Lee ke kelasnya yang terletak di Blok E, baru dia perasan yang kalkulator Ani tertinggal di atas meja studi. Dengan perasaan terpaksa dia berpatah balik ke biliknya yang terletak di tingkat satu Mahallah Fatimah Az-Zahra.



Lain pula ceritanya di dalam kelas,,,
Sebelum Lee masuk...

"Ok,,semua dah cukup?" Soal Lady D kepada pelajarnya.
"Beluuuum. Lee tak sampai lagi Lady". Balas salah seorang dari pelajarnya.
"Aik??? Mana Lee? Tak pernah-pernah lewat ni. Last class plak dia lewat."
Sambung Lady D lagi.
"Ntah la Lady,,,sakit kot," sambung satu suara yang lain.
Zass!!! Serentak dengan itu satu kepala di hadapan berpusing ke arah punca suara.
"Dia sakit apa?" Kepala itu mengeluarkan bunyi yang lebih kepada soalan.
"Eyh,, mana aku tau, tanya la dia sendiri." Sambut suara tadi. Mulutnya memuncung ke arah pintu kelas.
"Kenapa yerr,,, setiap kali saya cakap pasal Lee jer,, ada orang sibuk-sibuk nak ambil tau,,,,ada pape yang saya tak tau ke?" Lady D bertanya sambil tersenyum.

Satu kelas mula kecoh dengan suara-suara yang bagai lalat menghurung makanan dan ketawa-ketawa nakal anak remaja.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Serentak dengan itu juga Lee pun masuk ke kelas dengan sengih sumbang. Namun dia tak mengerti akan asal-usul suara-suara dan ketawa-ketawa itu.
"Maaf Lady, saya lambat." Lee bersuara.

Lee pantas bergerak ke tempat duduk setelah menghulurkan kalkulator 570 kepunyaan Ani.
"Weyh,,pasaipa hangpa gelak???" Lee bertanya ingin tahu kepada Zalia yang duduk di sebelahnya dalam loghat utara yang pekat.
Zalia tak sempat menjawab soalan Lee apabila Lady D sudahpun mengedarkan Soalan Kuiz Fizik 5.

Sunyi sepi kelas itu kerana masing-masing sibuk memikirkan solution bagi soalan topik Pantulan Cahaya dan Frekuensi Bunyi. Lee sudah berapa kali memusing letak duduk kertas soalan miliknya.
'Kenapa normal line ni tak macam 90 darjah ha?,,,nak kata aku ni rabun, dah banyak kali check, takdela plak doktor mata tu suruh pakai glasses,,contact lens pun tak jugak,,kesimpulannya aku tak rabunla.'

Dalam pada Lee berteka-teki sendiri tu,,
Kedengaran Lady D bersuara,, "Ok class,, time's up. Stop writing now."
'Hah! Alamak tak siap lagi satu soalan.' Lee dengan pantas menghentam kromo solution bagi soalan Light yang memeningkan kepala otaknya.

'Huh! Nasibla,,, Seb bek las kuiz,hehehe,,,xderla terkilan sangat.'
Disebabkan itu kelas terakhir, mereka terpaksa menunggu Lady D menanda kertas kuiz yang baru sahaja dijawab.

Lee sudah tidak senang duduk. Sangkanya dia boleh pulang awal kerana kelas hari ini untuk kuiz sahaja. Tak tahula pula nak dapat kertas terus.
'Aduss,,macam mana ni,,,dah janji dengan Suli, nak gerak gi pondok pakgard sama-sama. Malee dah tunggu Suli kot kat Jaya One.' Bisik hatinya.

TUT TUT.
Ada mesej masuk. Lee menekan punat Yes.
'Oii,,ko ktne?Ak tgu kt cafe,' dari Suli.

TUT TUT lagi.
'Lee, sow Suli grk, kitrg kt Cold Storage taw.' Dari Malee pula.

Sebenarnya kalau nak ikut perancangan separa siap Lee, dia akan pulang bermalam hari ini memandangkan hari ni hari Jumaat dan kelas pun dah habis.
Dia mengajak Suli berjalan bersamanya ke pondok pakguard kerana Suli memang nak keluar. Rummatenya Suli dan Malee keluar hari ini ke Jaya One untuk menyambut hari jadi kawan baik mereka Nisa.
'Adusss,,,nak balik ni.' Lee berusaha menenangkan dirinya yang dah macam cacing kepanasan.
Lady D sudah siap menanda kertas soalan kuiz Fizik 5 lalu mengedarkan semula kepada pelajar-pelajarnya.
Setelah mendapat semula kertas soalannya, Lee orang pertama yang bergegas mendapatkan Lady D untuk memberitahu markahnya. Yelah, tadi Lady D Cuma menanda kertas, belum mengambil markah lagi.

"Hehe,, 16." Kata Lee separuh berbisik di telinga Lady D. 'Malulah aku kalau orang lain dengar.' Lady D menulis markah Lee ke dalam buku Catatannya.
"Err,, Lady,,, saya balik dulu lah yer, nak balik rumah ni." Kata Lee.
Setelah menyalami Lady D, Lee dengan pantas melangkah keluar dari kelas Blok E itu.

"Lee!!!" Namun suara itu sudah tidak sampai ke telinga Lee yang sudah melakukan larian pecut 100 meter dari Blok E ke Mahallah Fatimah Az-zahra.
'Laa,,aku baru nak mintak nombor fon dia. Dahla lepas ni tak jumpa dah. Takkan nak mintak kat dalam dewan exam kot.' Faris atau nama di dalam surat beranaknya Mohd Faris Bin Azani bermonolog sendirian.
Inilah budaknya yang sibuk-sibuk menanya pasal tahap kesihatan Lee tadi.

"Woih,,Tikah! Hang ada tak nombor budak tu?" Faris bertanya kepada Tikah, classmate perempuannya dari dulu sampai sekarang.
"Nomboq sapa dia?" Tikah memulangkan soalan. Jawapan yang diharapkan tapi soalan diberi sebagai balasan.
"Aiseyh hang nie,,,,tula,,,tue,,," Sambung Faris sambil mulutnya terhala-hala ke arah pintu kelas.
"Tue,,,tue,,,tu sapa dia?!" Tikah separuh menengking. 'Aih mamat ni, aku tabuh satgi,,,' Suara hati Tikah berbisik.
"Nombor Lee la,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Di rumah,,,

TUT TUT,,,
Bunyi mesej masuk. Namun Lee tidak mengambil pusing kerana matanya sudah terpaku mengadap laptop yang memaparkan laman Blog Penulisan2u.com. Memang asal cuti jer, inilah kerja yang paling bermanfaat dilakukan oleh Lee selain tidur dan makan. Membaca novel Online. 'Hahahahaha'. Lee tergelak-gelak sendirian. Entah apa yang kelakar sangat cerita tu pun tak tahu.

12.39 a.m
TUT TUT,,,
Lee mencapai handfon yang terletak di atas meja tulisnya. 'Eyh,,apsal ada dua mesej ni?
Bunyi satu kali je....... Owwhhhh.' Lee faham sendiri. Satu mesej masuk pada pukul 5.36 petang yang tak diendahkannya.

Sender Tikah,,,,,,
Lee,ada org mntk no ang. Nm dy Faris. Dy kt ad hal nk sttle.

Sender Tikah,,,,,,,
Lee,boleh dak ni?

Lee dah berkerut kening menayang muka pelik.

Ha?Awat cik oi? Tny dy hal pa?
Lee menaip dan menekan punat SEND.

TUT TUT.
Dy kt dy nk ngorat ang. Betui ni ak x tpu, dy yg habaq lgu tu.



Dalam hati Lee,,,
'Sapa plak nak dajal aku ni,,,ak pernah sakitkan ati orang ke sepanjang aku menetap kat Kolej Za'ba ni,,,rasa macam tak pernah.'

Weih, hbq kt org tu,klu xdak hal pntg ak mls nk lyn.
SEND. Dari Lee.

TUT TUT,,,,,
Lee, dy kt sj nk knai ang, dy mmg ska knai kwn bru tmbh dr utara mcm kta ni.
Ak bg nah, pnat ak jd mid fielder nie.
Dari Tikah lagi.

'Alamak ai,,,,ni yang aku lemah ni. Masalahnya aku bukan orang utara.' Lee berbisik di dalam hatinya.

Lee teringat masa minggu pertama di kelas.

"Err,,awak, macam mane nak buat soalan ni?" Lee bertanya soalan Trigonometry yang diajar Mdm Hafisah kelmarin kepada Salsabil di sebelahnya. Nama je duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa. Almaklumlah baru semester 1. Masing-masing dalam proses perkenalan.

"Owh, yang ni ah, hang guna formula hat cos square teta plus sin square teta sama ngan satu tu. Lepas tu, hang simplify kanla. Tu jar,,," terang Salsabil panjang lebar dalam loghat utara yang agak pekat.
"Owh,,,,Lagu ni ja ka. Hehehehe,,,,thanx noh". balas Lee pula.
"Aik,,hang orang mana? Utara gak ka?" Soal Salsabil.
"Hehe,,,Dak aih,,kami orang sini ja, ayah kami orang Kedah," Lee menjawab.
"Besa dah cakap utara ni. No hal." Lee menyambung sambil tangannya membuat simbol 'OK'.

Sejak daripada tu, mereka menjadi kawan yang sangat rapat dek kerana masing-masing bertutur dalam loghat yang sama. Sekali pandang memang orang lain akan menganggap Lee berasal dari utara kerana dia sentiasa bertutur dalam loghat utara yang pekat.
Namun hakikatnya,,,

TUT TUT,,,
Bunyi mesej itu mengganggu lamunan Lee.
Sender Tikah,,,,,,,
Weyh,,,x bley ka? Dy bsg kt ak ni, bg pi la, kwn ja, bkn ad niat lain pn.

Bg e-mail ak. NurLee_90@yahoo.com.
Setelah berfikir masak-masak, Lee membalas.


BUZZ!!! Persia send you a messege.

'Mak aih! Cepatnya, terus on9 ke?' Lee terkejut dengan kehadiran mesej dari Yahoo Messengernya yang memang sentiasa on dari tadi.

'Persia,,,' Lee sudah dapat mengagak siapakah Persia.

LEE
Assalam,,,

PERSIA
Wassalam,,,hehehe,,sori, angpa watpa tu?

LEE
Ang nak pa ni? Apa yg x settle? Habaq kaih aku nak pi tidoq ni.

PERSIA
Laaa,,,ang marah ka kat ak?????

LEE
Dak aih, ang nak pa sbnaknya ni?

PERSIA
Lagu ni,,,WANT TO MAKE FRIENDS...

LEE
Owh,,,,,,lagu tu ka? Aku xdakla,,,,


Sementara itu,,,

PERSIA
'Erk,,,apa yang dia tak dak nie?' Persia sudah berkerut dahi.
'Aku salah tulis ka? Btoila aku tulis... WANT TO MAKE FRIENDS,,,
Kalau dalam bahasa Melayu nak berkawan,,,,apa yang dia merepek ni,,,,Owwwwhhhhhh,,,,'

PERSIA
Ang xdak pa? Keberanian?
'Melawakla sikit, dia melawak ngan aku boleh. Hehehe' Persia angau.

'Keberanian apa plak mamat ni merepek ni?' Hati Lee mengukir seribu tanda tanya.
'Sah! Dia dah mamai ni.'

Tiba-tiba,,,


'Laaa,,,,signed out dah....'
Persia termenung sendirian.

PERSIA
Aku nak kwn ja ngan ang...kita kan senegeri. Takkan tak boleh kot.

Akhirnya dengan hati yang walang, Persia menaip dan terus menekan butang SEND.
Dia terus Signed Out selepas menghantar mesej terakhir.
'Bilalah dia nak baca mesej aku tuh.' Persia mengulas di dalam hatinya.

Kesesokannya, setelah bangun dari tidur Lee membuka laptop dan sign in ke YM nyer.
Memang itu yang menjadi kebiasaannya apabila hari minggu.

POP UP! You got a messege!
Dengan muka yang masih mamai tak mandi, Lee membaca mesej.

PERSIA
Aku nak kwn ja ngan ang....kita kan senegeri. Takkan tak boleh kot.

'Hayla mamat ni, dia tak tahu ke aku bukan asal Kedah. Dan sah-sah aku bukan budak utara. Tengokla IC ak. 14! Tu tandanya aku lahir kat sini, kandang lembu ni.
Ehh!!! Mengutuk tanah tumpah kelahiran plak. Kuala Lumpur yang sebenarnya.'

Lee berfikir sejenak.
Pantas dia menaip,,,
On YM malam ni.
'Nasib ko la kalau tak bukak.'
Lee berlalu ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Malam itu,,,
PERSIA on9.

BUZZ!
Dari Persia.

LEE
Assalam... ang ni mmg x reti bg slm ka?

PERSIA
Wassalam... hehehe,,,lupa. Lagu mana? Dah ada?

LEE
Ada dah. Satu malam aku cari ang taw.

'Hah! Dia dah ada keberanian nak kawan ngan aku. Yess! Yess!' Faris sudah melompat-lompat kegirangan di dalam biliknya.
'Takkan dia tak tidok semalaman kot cari keberanian nak kawan ngan aku. Hehehe,,,,'Faris tersenyum-senyum sendirian.

Serentak dengan itu kedengaran lagu tema cerita komedi FRIENDS yamg dihantar oleh Lee melalui YM nyer.

'Huih! Siap antaq lagu lagi ni kat aku.' Makin lebar sengihan Faris.

PERSIA
Thanx Lee

LEE
Xpa aih, ak mmg ska tlong org
'Eceh! Perasan sendiri plak ak ni.' Hati Lee berbisik nakal.

LEE
Weyh, ak ad hal nak habaq ni....

PERSIA
Hal apa?
'Serius ja bunyi ni, dia nak offer diri jadi marka aku kot. Hehehehe' Faris dah perasan sendiri.

LEE
Sbnaqnya ak bkn bdak Kedah n bkn bdak utara gak.
So, lps ni ang xyahla YM ak dh. Ang kn nk kwn ngan dak utara ja.
BYE!


'Hah!? Tadi habaq kata nak kawan ngan ak, la ni takmau plak. Apa keberanian dia dah hilang ka?'
Faris terkejut dengan mesej yang dibacanya dari Lee.

PERSIA
Tadi ang kata dah ada,,,, la ni xda plak ka? Lagu mana?

Lee membaca mesej dari Persia. Sandiwara apakah ini?
'Apa yang dia merepek ni? Memangla ada. Yang aku bagi tadi tu apa. Haylaa mamat sorang ni, dahla semalaman aku cari lagu yang dia nak tu kat internet. Boleh dia tanya aku lagi, LAGU MANA?'

LEE
Weyh! Yg ak bg td tu apa? Bkn lagu? Gambaq ka? GGGGRRRRRRRRRRRRR,,,,,,,,,,,


Namun di Blok ABC bilik bernombor 127B,,,

Faris berfikir sejenak setelah membaca mesej yang baru dihantar oleh Lee.

Ya Allah!!!! Faris menepuk dahi. Barulah dia faham situasi sebenarnya.



FLASHBACK...

PERSIA
Lagu ni,,,,, WANT TO MAKE FRIENDS.

LEE
Owh,,,lagu tu, ak xdakla,,,,


Lee pelik.
'Apehal pulak mamat ni mintak lagu kat aku malam-malam buta ni. Ingat aku DJ Era ke?'

Selepas signed out Lee terus mencari lagu yang diinginkan oleh mamat Parsi itu. Habis semua laman web digeledahnya semata-mata untuk mencari lagu WANT TO MAKE FRIENDS itu.

Akhirnya yang dia jumpa cuma lagu tema cerita FRIENDS yang selalu ditayangkan di television.


Faris termenung sambil tersengih. 'Lee...Lee...Ang kena blajaq lagi cakap bahasa utara. Dan aku yang akan jadi Mentor ang.' Faris ketawa lucu setelah memahami sinetron yang berlaku antara dia dan Lee.


PERSIA
Cik adik Lee yang manis,,,ang dah salah paham cik oii,,,

Dahi Lee berkerut-kerut.
'Aku salah paham apa plak ni?'

LEE
Apa lagi ni Faris?! Penat aku lyn ang ni.

Faris menerangkan satu-persatu kesalahfahaman yang berlaku antara mereka tapi bukan lagi mengggunakan YM mereka sebaliknya menggunakan alat telekomunikasi yang membolehkan mereka saling mendengar suara masing-masing iaitu telefon bimbit.

"Lagu tu ka? Hahahahaha." Pecah ketawa Lee dan Faris walaupun seorang berada nun jauh di Taman Keramat dan seorang lagi di Kolej Za'ba.


Kini, mereka bukan lagi kawan seperti yang diminta Faris dahulu tetapi hubungan mereka sudah mencapai tahap yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Mereka sudahpun mendirikan rumahtangga setelah 4 tahun 'berkawan' di Kolej Za'ba.


Di rumah milik Mohd Faris Bin Azani dan Nhur Lee Binti Abd Samat,,,

"Itulah,,,lain kali khatamkan dulu bahasa utara. Ni, tak habih lagi dah nak tunjuk pandai." Faris atau Muhammad Faris Bin Azani yang kini sudah menjadi suaminya bersuara.
"Alah abang ni, cik dah khatam la,,," balas Lee tidak mahu mengalah. Selalunya kata
ganti diri 'cik' dibahasakan oleh orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua kalau mengikut loghat utara. Contohnya adik kepada kakak atau anak kepada emak.

Namun, Lee lebih selesa menggunakan 'cik' dengan suaminya. Baginya tidak perlulah kata-kata seperti 'Honey' atau 'Sayang' untuk menunjukkan kemesraannya kerana loghat utara sudah sebati dalam dirinya kini walaupun dia bukan dilahirkan di negeri-negeri yang terletak di utara.


~Tamat~

p/s : "LAGU" bukan bermakna song saja untuk orang utara ok.bagi kami, "lagu" juga bleh disamakan dengan "macam ni" or "like this"..hehe thanx for reading!

cuba tukar LAGU kepada MACAM..insyaAllah mudah sket nak faham..

dalam cerita ni, Lee tak tau yang "lagu" juga bermaksud "macam"

mungkin agak sukar untuk difahami..kalau diteliti dengan betul2 baru perasan kot..

Wednesday, July 1, 2009

can U read??

salam..

kali ni posting plek sikit..ingat tak nak post pape dah sebelum exam ni..hmm jari jemari nak jugak menari-nari kat keyboard ni..pape pun..try baca perenggan bawah nie..believe it OR not!

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty

uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal
pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a
rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't
mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the
olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer
be in the rghit pclae. The rset can be a taotl
mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm.
Tihs is bcuseae undefined the huamn mnid deos not raed
ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.
Amzanig huh? Yaeh and I awlyas toghuht slpeling

was ipmorantt! tahts so cool!

subhanallah..Maha Suci tuhan yang menciptakan sekalian alam..

penciptaan manusia memang HEBAT!

Sunday, June 28, 2009

exam aleRt..not REd AleRt!!

adohaii...
lani manyak sibuk la...
ape lagi?stadi la..jangan stado sudah la k..
ehem..xpe2, di kesempatan ni, aku nak mintak maap la ngan korang sume ea..
aku ni pun manusia biase je..tak lepas dari wat salah ngan orang len..kan3?
so, aku nak mintak maap manyak2 la..kalu ada salah dan silap..
ayuh kita bermaaf-maafan..tak semestinya raya kan...
maafkan rakan2 kita..
kalau ade salah dan silap tu harap dimaafkan la ea.
kalu ade utang2 tu langsaikan je..
kalau tak mampu tu, mintak tangguh..
lebih baik kalu orang yang bagi utang tu halalkan..ye kan?
ape2 pun..aku nak ucap selamat la..

.:SELAMAT MAKAN BUKU:.

makan sampai puas ati k..hik3
eh, sape2 yang ade nota lebih2 tu, kongsi2 la ea..
bak kata Zahin, "same2 nak jadi Dr kan?" haha..
sampai sini ja kot..mungkin lepas exam plak post baru kot.
doa2 la bagi kami suma ni dapat jawab ngan tenang dan senang ea..hehe
bleh balik malaysia..
tak nak cuti 1 bulan ja...huhu

Allah unajjahna fil imtihan~insyaAllah


Sunday, June 21, 2009

UKM gatherings...suatu kenangan abadi

"sporting n supportive"

Ha..ni la tema UKM gathering semalam..eh..eh bukan Sporting Kubra la..sporting..ape2 je la haha. sebenarnye majlis K.A.M.I. buat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi ukhwah sesama kami budak2 UKM nih..kejap ja, dah setahun 20 ari kami bersama..pantas masa berlalu..

aku ingat lagi hari 1st aku daftar UKM..wah!suma orang nampak smart..tak kurang gak aku(huahaha..perasan!).orang yang 1st aku kenal mesti la roomate aku kat Rahim Kajai..Abd Rahman Daisuki..aku tengok dia ni bukan men matured lagi banding ngan aku..haha aku ni dah la pendiam..hihii sampai skang ni pun pendiam..haha aku ingat lagi family dia bincang ngan family aku..haha macam2 yang diborak bersama..bermula dengan sebuah pertemuan..menitikkan suatu pegenalan yang membawa kami bersama sampai ke mesir ni..ish3 aku nk tujukan lagu ni buat korang suma...

Brothers
Untukmu Teman 

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya


lorh...dah jadi panjang la pulak sal citer kat UKM dlu..ish3 actually nak citer sal pe yang jadi semalam..hehe..guys, semalam memang best giler la haha.."tup..tup..tup..langgar dinding" hahaha lawak giler la aline..haha pandai tol ko wat lawak..ko ngan nani jadi MC semalam memang serasi la..korang memang sporting and supporting abes r..kua3.korang tahu tak?majlis semalam tu, takkan jadi tanpa sokongan suma tau!bersatu padu tu memang jadikan kita lebih kuat..tu la supporting hehe..kita memang boleh bersatu dan bekerja dengan baik..kita suma memang serasi..hehe

kalau tanya aku, majlis ni start kul brapa?agak2 kul brapa ek?ntahla..bukan kul 8:30 malam semalam aku rasa..aku rasa awal lagi..bagi aku..11:30 pagi lagi da start..hehe u know y? hmmm...camni citer dia.kami malam sebelum tu tido agak lewat r sampai kul brapa pagi ntah..mula2 kami cadang pagi(Sabtu) kul 10 tu da nak start kemas2 n angkat meja kerusi pegi nek sutuh(tingkat atas skali)..tapi masing tido..eh, kitorang rido pas subuh tau..jangan tuduh sebarangan tau..solat NO 1 k..hehe.tiba2, suma ke laut..haha kul 11:30 baru sedar..

start dari tu..kami bekerja sampai malam..petang sket, dekat2 asar tu baru la nak mula bakar arang..ayam duk perap lagi..hehe bos bakar ialah Saddam..dia bos bahagian tu dari awal sampai abes semalam..peewitt!hehe aku sendiri pun tak larat nak duk lama2 kat situ..panas la.haha dah la tambah dengan bahang sang mentari membakar kulitku..fuuuh..haha sampai magrib kami bertukar pembakar ayam..haha tak abes2 gak..banyak giler..

majlis semalam suma jalan dengan lancar..suma sporting abes dan jugak supporting..tambah2 Imran n padel..haha dorang ni memang dari dulu lagi..majlis berseri2 lagi dengan kehadiran tetamu istimewa, umi.thanx kerana hadir.banyak la kalau nak citer suma..memang best la..banyak giler nak citer nih, tunggu dulu..bace ag..

pastu plak ade r video diimport khas dari malaysia oleh ustaz duwenk buat suma..haha lamenyer..hehe pastu kitorang diperdengarkan persembahan Lena daripada Boys Generation..hey, not Girl Generation k..hey, korang suma ALL OUT la semalam..haha pastu plak, ade band 3 serumpun..amin, zap n aimran..diskriminasi.memang layan la tgk zap n aimran.tapi amin, sepi.thanks la korang..pastu ade video suma budak UKM..aku heran, camne dorang bleh amik gambar raya aku tu..hmm...dahla kontrol giler!haha..cukup r takat ni kot.da manyak sangat ni..hehe

p/s : buat pengetahuan korang sume, dorang ni tido kul 3 lebih kot pagi tadi..still bakar2 ayam lagi pas abis majlis tu..hihi tak sangup pisah kot..hik3 sahabat sejati sentiasa di ati..

~frens foreva~

ilmu..amal...ade kaitan ke?

sebenarnye, aku tulis post nie lme da..bru nk post..maklum la..bru bleh itnet..hehe

3:57 ptg, Jumaat 12 Jun 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dengan hidup yang dipenuhi niikmat dan limpah kurnia dariNya, aku mengambil sedikit masa lepas Jumaat ni untuk menulis sikit daripada ‘lagho’ membuang masa bermain General..hehe

Pada hari yang mulia ni, ingin sekali aku bercakap mengenai ILMU. Seperti yang telah aku cakap sebelum ni, “ilmu yang tidak diamalkan itu umpama pokok yang tidak berbuah”. Di sini ingin aku bercakap mengenai kepentingan mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari. Nak tunjuk betapa pentingnya mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari, Allah telah berfirman dalam kitabNya Al-Karim:


“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w.) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”Al-Juma’ah ayat 5


Daripada ayat ni, sekadar yang aku paham, Allah umpamakan orang2 Yahudi umpama keldai. Mereka telah diturunkan kitab Taurat yang mana dalamnya tertulis akan muncul Khatimul Anbiya’, Muhammad SAW. Akan tetapi, merek tidak membenarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat (dengan tidak percaya pada Muhammad SAW). Allah umpamakan mereka dengan keldai yang membawa buku2 yang tebal tetapi tidak menggunakannya..


Jadi para sahabat, alangkah baik jika kita cuba untuk mengamalkan ilmu2 yang telah kita pelajari. Kalau kita tak mampu untuk amalkan semua, cukuplah kalau kita mampu amalkan yang termampu, jangan kita lupakan terus apabila selasai imtihan dan janganlah sesekali kita niat untuk studi kerana exam @ lain2 sebab, niatlah kerana Allah, nescaya besar ganjaran dariNya di sana nanti..insyaAllah. di samping itu, dalam kesempatan ni, tengah masing2 nak prepare nak exam ni, aku nak ucap selamat mengulang kaji la. Banyak2 la mengingati Allah dan minta dimudahkan segala urusan kita di bumi penuh bertuah ni ya..semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya..bittaufiq wan najah

Thursday, June 11, 2009

Dialah pemilik segalanya..

Salam buat semua..

Sekadar peringatan buat kita semua rakan2 seperjuangan...1 daripada 5 orang rakan kita di Kaherah telah meninggal dunia dalam kemalangan magrib semalam..cerita daripada seniorku, katanya..mereka menaiki kereta pergi cari tempat untuk batch diorang buat majlis kot(kalau tak salah la).dikabarkan kemalangan itu terjadi apabila mereka cuba mengelak daripada lori..Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un..suma ni kehendak Yang Maha Agung.apa2 pun, kita sama2 la doakan untuk rakan2 kita yang masih tak sedarkan diri..kalau tak salah lagi, diorang tu student medic 3rd year, universiti cairo..bakal2 Dr..Ya Allah, Kau selamatkanlah rakan2 kami yang masih berjuang untuk hidup..dan Ya Allah, Kau tempatkanlah rakan2 kami yang dah pergi meninggalkan kami tu bersama para syuhada' di syurgaMu di sana..

Semalam jugak kita dikejutkan dengan berita tentang pembunuhan ramai2 di selatan Thai, Narathiwat..menurut sumber Berita Harian Online, mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu..semalam kami ada berbincang dalam SC(smart circle) mengenai perkara ni..apa yang dapat aku simpulkan, ini semua mungkin kerjaCentral Intelligence Agency (CIA)..inilah musuh2 Allah, Dajjal2 dunia..mereka tak laen tak bukan dengki dengan umat islam.sebagaimana yang kita tahu, dekat selatan Thai, terdapat banyak pondok2 belajar tentang Islam.so, mereka ni akan terus membuat kekacauan di selatan Thai.mereka akan menyelinap masuk dengan berpakaian seperti orang tempatan untuk mengelirukan semua pihak..ini untuk menyulitkan lagi situasi di selatan Thai..Ya Allah, Kau bantulah rakan2 seagama kami di sana..

p/s : moga roh2 mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di syurgaNya nanti..amin.kita yang masih hidup ni boleh la sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu menemuiNya.Ya Allah, jadikanlah kami antara orang2 yang syahid di jalanMu Ya Allah..Al-Fatihah..

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"..[Ali Imran 3: 169]

Tuesday, June 9, 2009

salam pembuka kalam..

assalamualaikumwarahmatullah...

Alhamdulillah..akhirnya, dapat jugak aku siapkan satu blog untuk diri aku sendiri..hehe ni kiranya post yang pertama skali la nih..harap2 tu dengan adanya blog ni, boleh la nak kongsi pandangan dan pendapat dengan kawan2..kan?ilmu kalau ada tapi tak kongsi dengan kawan2, tak guna jugak kan?hmm..ni satu kata2 arab la.."ilmu tanpa amal, bagai pohon tak berbuah"..rite?so, aku harap2 sangat2 la sokongan dari korang sume kawan2..aku baru balajar nih..tolong bagi tunjuk ajar sket..hehe mana2 yang salah tu, tolong la bagitau k..aku ni manusia biasa, so tak lepas jugak dari buat kesilapan la..hehe 

eh, aku skang ni kire2 da jadi blogger ke?

p/s: fiq, bilik kite sume blogger la..pecah tradisi la nih..haha