Sunday, June 21, 2009

ilmu..amal...ade kaitan ke?

sebenarnye, aku tulis post nie lme da..bru nk post..maklum la..bru bleh itnet..hehe

3:57 ptg, Jumaat 12 Jun 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dengan hidup yang dipenuhi niikmat dan limpah kurnia dariNya, aku mengambil sedikit masa lepas Jumaat ni untuk menulis sikit daripada ‘lagho’ membuang masa bermain General..hehe

Pada hari yang mulia ni, ingin sekali aku bercakap mengenai ILMU. Seperti yang telah aku cakap sebelum ni, “ilmu yang tidak diamalkan itu umpama pokok yang tidak berbuah”. Di sini ingin aku bercakap mengenai kepentingan mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari. Nak tunjuk betapa pentingnya mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari, Allah telah berfirman dalam kitabNya Al-Karim:


“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w.) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”Al-Juma’ah ayat 5


Daripada ayat ni, sekadar yang aku paham, Allah umpamakan orang2 Yahudi umpama keldai. Mereka telah diturunkan kitab Taurat yang mana dalamnya tertulis akan muncul Khatimul Anbiya’, Muhammad SAW. Akan tetapi, merek tidak membenarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat (dengan tidak percaya pada Muhammad SAW). Allah umpamakan mereka dengan keldai yang membawa buku2 yang tebal tetapi tidak menggunakannya..


Jadi para sahabat, alangkah baik jika kita cuba untuk mengamalkan ilmu2 yang telah kita pelajari. Kalau kita tak mampu untuk amalkan semua, cukuplah kalau kita mampu amalkan yang termampu, jangan kita lupakan terus apabila selasai imtihan dan janganlah sesekali kita niat untuk studi kerana exam @ lain2 sebab, niatlah kerana Allah, nescaya besar ganjaran dariNya di sana nanti..insyaAllah. di samping itu, dalam kesempatan ni, tengah masing2 nak prepare nak exam ni, aku nak ucap selamat mengulang kaji la. Banyak2 la mengingati Allah dan minta dimudahkan segala urusan kita di bumi penuh bertuah ni ya..semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya..bittaufiq wan najah

2 comments:

  1. aku nampak hang main general sblum exam ni aku katok kepala... haha... :P... boleh je main, tapi after da study!... kena release jugak sikit2... kan3?... ke tak?...

    neway, ganbate kudasai nuaim!!!

    Qala Rasulallah 'ihfazillah, yahfazka'

    ReplyDelete
  2. hmm..malas giler nk men General..haha boring giler.ak sndri pn xtau pe yg best da skang..boring3!haha..nyway, somebody have new game?

    ReplyDelete