Thursday, June 11, 2009

Dialah pemilik segalanya..

Salam buat semua..

Sekadar peringatan buat kita semua rakan2 seperjuangan...1 daripada 5 orang rakan kita di Kaherah telah meninggal dunia dalam kemalangan magrib semalam..cerita daripada seniorku, katanya..mereka menaiki kereta pergi cari tempat untuk batch diorang buat majlis kot(kalau tak salah la).dikabarkan kemalangan itu terjadi apabila mereka cuba mengelak daripada lori..Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un..suma ni kehendak Yang Maha Agung.apa2 pun, kita sama2 la doakan untuk rakan2 kita yang masih tak sedarkan diri..kalau tak salah lagi, diorang tu student medic 3rd year, universiti cairo..bakal2 Dr..Ya Allah, Kau selamatkanlah rakan2 kami yang masih berjuang untuk hidup..dan Ya Allah, Kau tempatkanlah rakan2 kami yang dah pergi meninggalkan kami tu bersama para syuhada' di syurgaMu di sana..

Semalam jugak kita dikejutkan dengan berita tentang pembunuhan ramai2 di selatan Thai, Narathiwat..menurut sumber Berita Harian Online, mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu..semalam kami ada berbincang dalam SC(smart circle) mengenai perkara ni..apa yang dapat aku simpulkan, ini semua mungkin kerjaCentral Intelligence Agency (CIA)..inilah musuh2 Allah, Dajjal2 dunia..mereka tak laen tak bukan dengki dengan umat islam.sebagaimana yang kita tahu, dekat selatan Thai, terdapat banyak pondok2 belajar tentang Islam.so, mereka ni akan terus membuat kekacauan di selatan Thai.mereka akan menyelinap masuk dengan berpakaian seperti orang tempatan untuk mengelirukan semua pihak..ini untuk menyulitkan lagi situasi di selatan Thai..Ya Allah, Kau bantulah rakan2 seagama kami di sana..

p/s : moga roh2 mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di syurgaNya nanti..amin.kita yang masih hidup ni boleh la sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu menemuiNya.Ya Allah, jadikanlah kami antara orang2 yang syahid di jalanMu Ya Allah..Al-Fatihah..

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"..[Ali Imran 3: 169]

No comments:

Post a Comment