Sunday, June 28, 2009

exam aleRt..not REd AleRt!!

adohaii...
lani manyak sibuk la...
ape lagi?stadi la..jangan stado sudah la k..
ehem..xpe2, di kesempatan ni, aku nak mintak maap la ngan korang sume ea..
aku ni pun manusia biase je..tak lepas dari wat salah ngan orang len..kan3?
so, aku nak mintak maap manyak2 la..kalu ada salah dan silap..
ayuh kita bermaaf-maafan..tak semestinya raya kan...
maafkan rakan2 kita..
kalau ade salah dan silap tu harap dimaafkan la ea.
kalu ade utang2 tu langsaikan je..
kalau tak mampu tu, mintak tangguh..
lebih baik kalu orang yang bagi utang tu halalkan..ye kan?
ape2 pun..aku nak ucap selamat la..

.:SELAMAT MAKAN BUKU:.

makan sampai puas ati k..hik3
eh, sape2 yang ade nota lebih2 tu, kongsi2 la ea..
bak kata Zahin, "same2 nak jadi Dr kan?" haha..
sampai sini ja kot..mungkin lepas exam plak post baru kot.
doa2 la bagi kami suma ni dapat jawab ngan tenang dan senang ea..hehe
bleh balik malaysia..
tak nak cuti 1 bulan ja...huhu

Allah unajjahna fil imtihan~insyaAllah


Sunday, June 21, 2009

UKM gatherings...suatu kenangan abadi

"sporting n supportive"

Ha..ni la tema UKM gathering semalam..eh..eh bukan Sporting Kubra la..sporting..ape2 je la haha. sebenarnye majlis K.A.M.I. buat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi ukhwah sesama kami budak2 UKM nih..kejap ja, dah setahun 20 ari kami bersama..pantas masa berlalu..

aku ingat lagi hari 1st aku daftar UKM..wah!suma orang nampak smart..tak kurang gak aku(huahaha..perasan!).orang yang 1st aku kenal mesti la roomate aku kat Rahim Kajai..Abd Rahman Daisuki..aku tengok dia ni bukan men matured lagi banding ngan aku..haha aku ni dah la pendiam..hihii sampai skang ni pun pendiam..haha aku ingat lagi family dia bincang ngan family aku..haha macam2 yang diborak bersama..bermula dengan sebuah pertemuan..menitikkan suatu pegenalan yang membawa kami bersama sampai ke mesir ni..ish3 aku nk tujukan lagu ni buat korang suma...

Brothers
Untukmu Teman 

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya


lorh...dah jadi panjang la pulak sal citer kat UKM dlu..ish3 actually nak citer sal pe yang jadi semalam..hehe..guys, semalam memang best giler la haha.."tup..tup..tup..langgar dinding" hahaha lawak giler la aline..haha pandai tol ko wat lawak..ko ngan nani jadi MC semalam memang serasi la..korang memang sporting and supporting abes r..kua3.korang tahu tak?majlis semalam tu, takkan jadi tanpa sokongan suma tau!bersatu padu tu memang jadikan kita lebih kuat..tu la supporting hehe..kita memang boleh bersatu dan bekerja dengan baik..kita suma memang serasi..hehe

kalau tanya aku, majlis ni start kul brapa?agak2 kul brapa ek?ntahla..bukan kul 8:30 malam semalam aku rasa..aku rasa awal lagi..bagi aku..11:30 pagi lagi da start..hehe u know y? hmmm...camni citer dia.kami malam sebelum tu tido agak lewat r sampai kul brapa pagi ntah..mula2 kami cadang pagi(Sabtu) kul 10 tu da nak start kemas2 n angkat meja kerusi pegi nek sutuh(tingkat atas skali)..tapi masing tido..eh, kitorang rido pas subuh tau..jangan tuduh sebarangan tau..solat NO 1 k..hehe.tiba2, suma ke laut..haha kul 11:30 baru sedar..

start dari tu..kami bekerja sampai malam..petang sket, dekat2 asar tu baru la nak mula bakar arang..ayam duk perap lagi..hehe bos bakar ialah Saddam..dia bos bahagian tu dari awal sampai abes semalam..peewitt!hehe aku sendiri pun tak larat nak duk lama2 kat situ..panas la.haha dah la tambah dengan bahang sang mentari membakar kulitku..fuuuh..haha sampai magrib kami bertukar pembakar ayam..haha tak abes2 gak..banyak giler..

majlis semalam suma jalan dengan lancar..suma sporting abes dan jugak supporting..tambah2 Imran n padel..haha dorang ni memang dari dulu lagi..majlis berseri2 lagi dengan kehadiran tetamu istimewa, umi.thanx kerana hadir.banyak la kalau nak citer suma..memang best la..banyak giler nak citer nih, tunggu dulu..bace ag..

pastu plak ade r video diimport khas dari malaysia oleh ustaz duwenk buat suma..haha lamenyer..hehe pastu kitorang diperdengarkan persembahan Lena daripada Boys Generation..hey, not Girl Generation k..hey, korang suma ALL OUT la semalam..haha pastu plak, ade band 3 serumpun..amin, zap n aimran..diskriminasi.memang layan la tgk zap n aimran.tapi amin, sepi.thanks la korang..pastu ade video suma budak UKM..aku heran, camne dorang bleh amik gambar raya aku tu..hmm...dahla kontrol giler!haha..cukup r takat ni kot.da manyak sangat ni..hehe

p/s : buat pengetahuan korang sume, dorang ni tido kul 3 lebih kot pagi tadi..still bakar2 ayam lagi pas abis majlis tu..hihi tak sangup pisah kot..hik3 sahabat sejati sentiasa di ati..

~frens foreva~

ilmu..amal...ade kaitan ke?

sebenarnye, aku tulis post nie lme da..bru nk post..maklum la..bru bleh itnet..hehe

3:57 ptg, Jumaat 12 Jun 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dengan hidup yang dipenuhi niikmat dan limpah kurnia dariNya, aku mengambil sedikit masa lepas Jumaat ni untuk menulis sikit daripada ‘lagho’ membuang masa bermain General..hehe

Pada hari yang mulia ni, ingin sekali aku bercakap mengenai ILMU. Seperti yang telah aku cakap sebelum ni, “ilmu yang tidak diamalkan itu umpama pokok yang tidak berbuah”. Di sini ingin aku bercakap mengenai kepentingan mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari. Nak tunjuk betapa pentingnya mengamalkan ilmu2 yang kita pelajari, Allah telah berfirman dalam kitabNya Al-Karim:


“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w.) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.”Al-Juma’ah ayat 5


Daripada ayat ni, sekadar yang aku paham, Allah umpamakan orang2 Yahudi umpama keldai. Mereka telah diturunkan kitab Taurat yang mana dalamnya tertulis akan muncul Khatimul Anbiya’, Muhammad SAW. Akan tetapi, merek tidak membenarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat (dengan tidak percaya pada Muhammad SAW). Allah umpamakan mereka dengan keldai yang membawa buku2 yang tebal tetapi tidak menggunakannya..


Jadi para sahabat, alangkah baik jika kita cuba untuk mengamalkan ilmu2 yang telah kita pelajari. Kalau kita tak mampu untuk amalkan semua, cukuplah kalau kita mampu amalkan yang termampu, jangan kita lupakan terus apabila selasai imtihan dan janganlah sesekali kita niat untuk studi kerana exam @ lain2 sebab, niatlah kerana Allah, nescaya besar ganjaran dariNya di sana nanti..insyaAllah. di samping itu, dalam kesempatan ni, tengah masing2 nak prepare nak exam ni, aku nak ucap selamat mengulang kaji la. Banyak2 la mengingati Allah dan minta dimudahkan segala urusan kita di bumi penuh bertuah ni ya..semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya..bittaufiq wan najah

Thursday, June 11, 2009

Dialah pemilik segalanya..

Salam buat semua..

Sekadar peringatan buat kita semua rakan2 seperjuangan...1 daripada 5 orang rakan kita di Kaherah telah meninggal dunia dalam kemalangan magrib semalam..cerita daripada seniorku, katanya..mereka menaiki kereta pergi cari tempat untuk batch diorang buat majlis kot(kalau tak salah la).dikabarkan kemalangan itu terjadi apabila mereka cuba mengelak daripada lori..Inna lillahi wa inna ilaihiraji'un..suma ni kehendak Yang Maha Agung.apa2 pun, kita sama2 la doakan untuk rakan2 kita yang masih tak sedarkan diri..kalau tak salah lagi, diorang tu student medic 3rd year, universiti cairo..bakal2 Dr..Ya Allah, Kau selamatkanlah rakan2 kami yang masih berjuang untuk hidup..dan Ya Allah, Kau tempatkanlah rakan2 kami yang dah pergi meninggalkan kami tu bersama para syuhada' di syurgaMu di sana..

Semalam jugak kita dikejutkan dengan berita tentang pembunuhan ramai2 di selatan Thai, Narathiwat..menurut sumber Berita Harian Online, mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu..semalam kami ada berbincang dalam SC(smart circle) mengenai perkara ni..apa yang dapat aku simpulkan, ini semua mungkin kerjaCentral Intelligence Agency (CIA)..inilah musuh2 Allah, Dajjal2 dunia..mereka tak laen tak bukan dengki dengan umat islam.sebagaimana yang kita tahu, dekat selatan Thai, terdapat banyak pondok2 belajar tentang Islam.so, mereka ni akan terus membuat kekacauan di selatan Thai.mereka akan menyelinap masuk dengan berpakaian seperti orang tempatan untuk mengelirukan semua pihak..ini untuk menyulitkan lagi situasi di selatan Thai..Ya Allah, Kau bantulah rakan2 seagama kami di sana..

p/s : moga roh2 mereka yang terkorban dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di syurgaNya nanti..amin.kita yang masih hidup ni boleh la sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi dulu menemuiNya.Ya Allah, jadikanlah kami antara orang2 yang syahid di jalanMu Ya Allah..Al-Fatihah..

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"..[Ali Imran 3: 169]

Tuesday, June 9, 2009

salam pembuka kalam..

assalamualaikumwarahmatullah...

Alhamdulillah..akhirnya, dapat jugak aku siapkan satu blog untuk diri aku sendiri..hehe ni kiranya post yang pertama skali la nih..harap2 tu dengan adanya blog ni, boleh la nak kongsi pandangan dan pendapat dengan kawan2..kan?ilmu kalau ada tapi tak kongsi dengan kawan2, tak guna jugak kan?hmm..ni satu kata2 arab la.."ilmu tanpa amal, bagai pohon tak berbuah"..rite?so, aku harap2 sangat2 la sokongan dari korang sume kawan2..aku baru balajar nih..tolong bagi tunjuk ajar sket..hehe mana2 yang salah tu, tolong la bagitau k..aku ni manusia biasa, so tak lepas jugak dari buat kesilapan la..hehe 

eh, aku skang ni kire2 da jadi blogger ke?

p/s: fiq, bilik kite sume blogger la..pecah tradisi la nih..haha